Friday 17 June 2011

Cantik atau Tidak??

Jika saya beri anda peluang untuk memilih antara dua buah jam yang berjenama..

Antara sebuah jam yang terpamer di pasar malam yang kebanyakannya telah dibelek oleh ramai insan..
Dan..sebuah jam yang tersimpan rapi dibalut sutera yang dipamer dalam almari berkaca..
Mana satu agaknya pilihan anda?
Beginilah, saudara-saudaraku.. Pilihan itu terletak di tangan anda..Sama ada yang tidak pernah disentuh ataupun yang selalu dibelek..
MasyaAllah..Apakah yang sudah terjadi pada umat Islam? Lupakah kita pada suruhan Allah? Lupakah kita pada amanat Rasulullah?
Begitu juga dengan seorang insan lemah bernama wanita..

Wanita itu seharusnya dilindungi bukan disakiti..
Wanita itu sepatutnya disayangi bukan dikhianati..
Wanita itu penyuntik semangat dan sayap kiri bagi suami..
Kini wanita itu tidak lagi dimuliakan..Malah, semakin dijadikan bahan permainan dan taruhan..
Dahulu maruah seorang wanita itu tidak dipersiakan, namun kini ia dijadikan bahan jualan..
Wahai lelaki, tidakkah kau berasa malu pada khalifah-khalifah terdahulu?Zaman itu, wanita-wanita yang lemah ini tidak dipersiakan..Malah ,ditinggikan darjatnya.. Tidakkah tercalit rasa kasihan di hati melihat wanita-wanita ini dikambinghitamkan?

Dan wahai wanita, mengapa sanggup kau gadaikan maruahmu semata-mata kerana sebuah wacana yang bergelar cinta?

Firman Allah SWT : Janganlah kamu mendekati zina..

Ya! Memang umumnya, kita mahu disayangi dan menyayangi, mahu dicintai dan mencintai, mahu dirindui dan merindui.. Tetapi, mengapa kita sanggup menggadaikan cinta yang halal melalui pernikahan dan mendekati cinta terlarang sebelum diijabkabulkan? Fikir-fikirkanlah..

Di sini, saya sertakan sebuah kalam indah, mungkin suara hati seorang lelaki yang merindui wanita muslimah sejati..


Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

  







p/s: asif jika yang tertulis ada yang mengguris hati..tidak bermaksud untuk merosakkan ukhuwah namun hanya sekadar peringatan..

Friday 3 June 2011

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



Tabahlah dan banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan hidup..Bersyukurlah dengan segala musibah dan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Sang Pencipta..Sesungguhnya Allah telah mengatur kehidupan insani dengan baik sekali..Maka berbaik sangkalah dengan Allah..Sekiranya kamu merasakan bahawa hatimu itu kosong, isikanlah ia dengan mengingati Allah..
Firman Allah : Sesungguhnya apa yang kamu rasakan baik itu adalah buruk bagi kamu, namun apa yang tidak kamu sukai itu baik bagi kamu..
Maka ingatlah, Allah lebih mengetahui dan mengenali diri kita.. DIA kurniakan kita musibah, kerana DIA menyayangi kita..DIA kurniakan kita hidayah, itu satu bonus bagi kita.. Jadi, sebenarnya hidup kita ini hanya ada satu matlamat utama iaitu mendapat keredhaan daripadaNYA.. Semoga kita mendapat kebahagiaan dalam hidup apabila kita mendapat keredhaan daripadaNYA.. Ana tak reti bermadah kata, jadi cukuplah jika ana sertakan pesanan ini untukmu, saudaraku..
Allah Sayangkan Kamu, saudaraku..Ingatlah bahawa Dia sentiasa berada dekat dengan kamu..

Thursday 2 June 2011

Hidup Ini Ada Erti Tanpa Wang??


Apa yang antunna dan antum fikirkan apabila melihat gambar di atas?
Seperti yang kita tahu, objek ini telah menjadi resam kehidupan..
Kata orang jika punya wang, semua benda dapat diselesaikan..
Ana gemar mengajak antunna dan antum berfikir.. Setujukah kalian dengan pernyataan di atas?
Bagi ana, ana tidak suka melihat wang kerana ialah penyebab segala krisis berlaku..
Tidak! Ini bukan bermakna ana tidak suka memegang wang..Ana suka menggunakan wang, sama seperti kalian.. Ada ke orang yang tidak suka menggunakan wang?
Bagi ana orang miskin yang mempunyai budi bahasa dan pelajaran adalah lebih baik daripada orang kaya yang hanya tahu berbangga dan tidak ada budi pekerti.. Satu ana nak tekan kat sini, jika orang kaya itu punya iman dan takwa, dia akan menyedari bahawa dia dikurniakan nikmat dan rezeki yang melimpah-ruah dan orang lain berhak merasainya.. Maka, dia akan menunaikan kewajipannya sebagai orang Muslim dengan membayar zakat dan dia juga akan menjadi seorang insan yang pemurah selari dengan sifat Allah iaitu 
Ar-Rahim.. 
Setujukah kalian kalau ana kata kerana wanglah punca manusia berbunuh-bunuhan?
Setuju tak kalau ana kata duitlah punca perbalahan antara manusia terjadi?
Oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang ingin duduk di bawah lembayung rahmatNYA, sematkan iman dalam hati agar kita dapat mengawal segala kelakuan kita agar kita tidak dimanipulasi oleh wang..
Sekian, hingga di sini sahaja nukilanku buatmu, saudaraku..
Satu pesananku buatmu, Allah sayang kamu wahai saudaraku..
Maka, berusahalah untuk menyayangiNYA juga.. 

Tegarnya Perjuangan Mereka...

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
~Damai Yang Hilang~


Tanah gersang itu,
dahagakan keamanan..
Runtuhan bangunan itu,
rindukan kedamaian..
Tangisan dan jeritan itu,
perlu dihentikan..
Air mata dan darah itu,
bencikan keganasan..
Jiwa dan perasaan itu,
tidak menyukai penindasan..
Tentera HAMAS tidak minta bantuan ketenteraan..
tapi hanya satu permintaan mereka yang perlu kita tunaikan...
'Bangunkan umat di kawasan kamu.. selain doa yang kamu kirimkan ketika solat dan qiamullail..'
Apa sumbangan kita pada Palestin??
Tangisan?Pemboikotan barang2 Yahudi? Pencacian ke atas tentera Zionis?
Adakah kita menyangka setelah tanah suci itu berada dalam genggaman mereka,mereka akan berhenti menyerang kita?
Tidak!! Bahkan masih banyak lagi negara Islam yang boleh dijajahnya..
Bukan melalui perbuatan zahir...tetapi secara halus..
psikologi, hiburan, cara pemakaian, lifestyle, makanan?? Mungkin..
Ketahuilah saudaraku, mereka menanti bantuan dari kita...
bukan wang ringgit yang dinanti...
tetapi hati-hati yang bersemadi...
bersama Pencipta Abadi...


WaniTa HiAsaN DunIa

Barangkali sudah ada insan yang pernah membaca coretan ana di laman sosial..Tapi ana tetap nak kongsi di sini buat tatapan kalian.. Coretan ini dinukil khas buat an-nisa'..


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

----------------------------------------------------------------------------

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahatul mukminin
Yang setanding al mukatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

tapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

--------------------------------------------------------------------------------------------

Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi kelabuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

Hingga di sini sahaja nukilanku buatmu..



Jom Couple!!

Amaran= Sila baca hingga ke penghujung
Salam si anggun apa khabar
Wajah seperti yang terpampang di layar
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti Saidatina Khadijah
Tumpang tanya siapa yang jadi teman
Jawapan tepat Tuhan rasul dan qur’an
Tak marah terkilan pun bukan
~anggun~
semestinya antunna tertanya-tanya, apa motif ana meletakkan lirik lagu ini..
ana tertarik dengan rangkap di atas..
apa yang ingin ana singkapi di sini sebenarnya?
apa yang antunna tahu pasal kaum adam?
Mungkin ada yang telah tersenyum dengan coretan di atas kerana telah mengetahui apa yang ingin ana katakan..
ungkapan seperti 'say no to couple', 'jauhi zina' acapkali kedengaran..
jika berbicara tentang hal ini, ramai remaja yang sedang berkapel pasti menentang habis-habisan..
kata mereka: kenapa tak boleh kapel?bukannya kami buat benda tak baik pun..hanya sekadar melepaskan rindu..tak pegang2 pun..duduk pun renggang2..Kami sunyi duduk di rumah..bersama mak ayah yang masih berfikiran kolot, tak bagi kapel..asyik2 cakap pasal agama..boringlah...
saya ingin sentuh di sini..sedarkah kita tatkala berdua-duaan dengan seorang yang bukan mahram, masih ada yang ketiga..dan makhluk itu akan ketawa berdekah-dekah melihat sandiwara yang dilakukan.. saya pernah terbaca satu blog berkenaan dengan persepsi kaum lelaki tentang kaum wanita..
katanya: kami jemu melihat wanita2 yang sering mendedahkan auratnya, tapi kami tertarik dengan wanita2 yang menjaga kehormatannya.. kami yang digelar 'playboy' ini juga inginkan seorang wanita yang bersih untuk dijadikan isteri..
dan saya juga agak terkejut apabila membaca ayat ini..
'yang seksi itu kami rasa macam nak bawa masuk bilik..yang tutup sempurna itu kami rasa nak bawa masuk masjid...'
Astaghfirullah.. terkesima ana membaca ayat itu..apa perasaan antunna sebagai seorang wanita apabila membaca coretan itu? tepuk dada tanya iman..
Saya juga nak sentuh berkaitan hal ini..mak ayah cakap pasal agama? boring ke? 
Saya nak highlightkan sesuatu disini.. Itulah Jalan Menuju Ke Syurga.. Itu tanggungjawab mereka dalam mendidik dan mengasuh kita demi menjadi hamba Allah yang taat dan takut padaNYA..
Nah! jelaslah di sini.. mengapa kita mesti berkapel? Lupakah kita pada Kekasih kita yang satu..Tatkala kita melupakanNYA, dia tetap ada bersama kita..
Tidakkah kita merasakan kasih sayangNYA lebih hebat daripada mana2 kasih sayang yang dicurahkan oleh hambaNYA? Tidakkah DIA berasa cemburu melihat kita mendekati hambaNYA tetapi kita jauhi DIA?
Namun, dia masih sayangkan kita..buktinya ada DIA menarik nikmatNYa tiba2 dan biarkan kita menderita? Jika ada itu tandanya DIA menyayangi kita..Jika tiada itu bermakna DIA memberi peluang buat kita bertaubat sebelum terlambat..
Mungkin ada juga yang mengatakan bahawa mereka berkapel kerana ingin mengisi kekosongan dalam hati.. Jom, kita berfikir sejenak..
Sunyikah kita apabila mendengar janji2 yang dipateri oleh Allah dalam Al-Quran?
Sunyikah kita tatkala membasahkan hati kita dengan peringatan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan?
Sunyikah kita apabila menghadiri majlis2 ilmu yang dilindungi sayap malaikat?
Ana teringat firman Allah swt..
'Ketahuilah hati-hati akan menjadi tenang apabila mengingati Allah'
Jadi wajarkah kita mencari kekasih lain sedangkan Kekasih kita yang satu itu pun tidak kita jaga?
Ana hadirkan juga sebaris lagu dendangan inteam..(ana tak ingat tajuk, maaf ye..)
Wanita hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga..
Jawapannya ada pada diri antunna? Tepuk dada tanya iman..
Mari sama2 kita mengkoreksi diri..Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita..
Dan ana harap antunna semua faham apa yang ana maksudkan dengan jom couple!
Bukan mencari insan untuk bercouple tetapi jadikan Sang Pencipta sebagai pasangan couple anda..