Friday 3 June 2011

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



Tabahlah dan banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan hidup..Bersyukurlah dengan segala musibah dan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Sang Pencipta..Sesungguhnya Allah telah mengatur kehidupan insani dengan baik sekali..Maka berbaik sangkalah dengan Allah..Sekiranya kamu merasakan bahawa hatimu itu kosong, isikanlah ia dengan mengingati Allah..
Firman Allah : Sesungguhnya apa yang kamu rasakan baik itu adalah buruk bagi kamu, namun apa yang tidak kamu sukai itu baik bagi kamu..
Maka ingatlah, Allah lebih mengetahui dan mengenali diri kita.. DIA kurniakan kita musibah, kerana DIA menyayangi kita..DIA kurniakan kita hidayah, itu satu bonus bagi kita.. Jadi, sebenarnya hidup kita ini hanya ada satu matlamat utama iaitu mendapat keredhaan daripadaNYA.. Semoga kita mendapat kebahagiaan dalam hidup apabila kita mendapat keredhaan daripadaNYA.. Ana tak reti bermadah kata, jadi cukuplah jika ana sertakan pesanan ini untukmu, saudaraku..
Allah Sayangkan Kamu, saudaraku..Ingatlah bahawa Dia sentiasa berada dekat dengan kamu..

No comments:

Post a Comment